Monday, June 16, 2014

Pejam mata



Assalamualaikum



 
 
Ketenangan...
Pada aku, ianya ada dalam setiap wudhu
Tiap titisan air yang menyentuh kulit
Menyegarkan 
Dan seakan menyejukkan hati dan minda yang sedang panas
Ibarat besi panas yang terkena air

 
Ketenangan...
Pada aku, ianya hadir tatkala ditikar solat
Meluahkan segala hasrat hati dan beban ini kepadaNya
Dengan masalah yang berbuku dihati 
Bebas untuk memohon apa yang diingini
Melegakan
 
 
Ketenangan...
Pada aku, ianya ada saat ku peluk mereka yang aku sayang
Saat hati sarat dengan tangis
Ku hamburkan air mata tanpa risau
Kerana ada tangan yang akan menyambutnya
Aku pejam mata, peluk erat si dia
Berharap agar kekal begini selamanya
Mustahil
 
 
Kerana kita insan, manusia lemah
Untuk beroleh ketenangan itu lah datangnya ujian
Ujian sebagai satu landasan
Untuk menambah bekalan
Bekalan ke destinasi seterusnya
Ke arah ketenangan abadi
 
 
Saat aku pejam mata
Adakah bisa aku dapatkan ketenangan itu?
 
 
 
**************************** 
STOP VIOLENCE AGAINST WOMEN 
Like KHUMAERA ISMAIL Page 
Ya Allah moga pembaca blog ini bahagia dunia akhirat 
Please do come again ;) 
 ****************************

3 comments:

  1. insyaALLAH dapat ketenangan tu. take a good care sis.

    ReplyDelete
  2. allhamdulllah... ketenangan akan dtg bila sentisa bersama Nya... :) nice

    ReplyDelete

Jangan lupe like FB Page ok? =)