Tuesday, June 17, 2014

La Tahzan : D&C dan berpantang



Assalamualaikum
 
Berita kehamilan baru-baru ini benar benar membuatkan saya rasa bersyukur dan gembira. Mana tidak nya, setelah menanti hampir empat tahun. Bersungguh-sungguh berusaha yang terbaik untuk memberikan keperluan khasiat untuk bayi yang saya kandung agar boleh membesar dengan baik. Tiap-tiap hari minum susu, makan kurma, dan amalkan meminum air zam zam. Surah surah amalan untuk ibu mengandung juga diamalkan, zikir supaya kandungan berada dalam keadaan baik juga saya amalkan.

 http://data1.whicdn.com/images/106559381/thumb.jpg

Entah dimana silapnya, kandungan yang saya bawa pada genap minggu ke-9, gugur juga akhirnya. Walau pun sedih, tetap perlu diterima juga. Menunjukkan bahawa kuasa Allah melebihi segalanya. Semuanya berlaku dengan izinNya. Sekuat mana pun kita berusaha, tetap pengakhirannya ialah kembali kepada kehendak yang maha Esa. Sedih, memang sedih. Namun saya bersyukur kerana akhirnya saya merasai perasaan sebagai seorang ibu mengandung, cuma masanya dan rezeki ini bukan milik kami.

Segalanya bermula dengan darah keluar dengan banyak tiba tiba dan tanpa henti. Sungguhpun doctor telah memberikan Duphaston untuk kuatkan rahim dan beberapa hari untuk bed-rest, namun darah tetap keluar dengan banyak. Dalam hati, cuba sedaya upaya mengatakan insyaAllah baby baik-baik saja dan darah ini akan berhenti jika saya berehat. Namun sangkaan saya meleset. Keesokan harinya keluar darah seakan cebisan daging. Dan saya terpaksa terima hakikat bahawa baby sudah tiada.

https://lh3.googleusercontent.com/-gEXKDpSlbGs/Uqa4TpCejZI/AAAAAAAAB2E/nMEoTb6D_Ww/s200/blogger-image--1971276409.jpg


Pada hari isnin, saya ke klinik kesihatan untuk membuat pengesahan tentang keguguran ini. Setelah discan, doctor mengatakan terdapat saki baki yang tertinggal didalam rahim. Mahu tidak mahu, terpaksa serah diri ke O&G dan melalui prosedur D&C. Pertama kali mengandung dan pertama kali juga gugur dan pertama kali dicuci. Masa tu, terasa diri lah yang paling sedih ketika itu, penghuni katil sebelah pun tidak saya pandang. Tiba-tiba mak kepada pesakit sebelah katil menegur, "Adik kenapa? Keguguran ya?"...saya mengangguk perlahan. "Oh..kakak nie pun sama. Baby dah 3 bulan tiba tiba takda heartbeat".. Duummm...terkesan dihati. Orang lain pun punya masalah yang sama, malah ada yang diuji lebih hebat lagi. Ada sorang lagi pesakit dikatil berdekatan saya, disahkan menghidap kanser tahap empat. Mendengar anaknya yang baru berumur 3 tahun sering kali bertanya, ibu kenapa ayah?, sangat sangat meruntun hati. Terus saya kuatkan semangat. Im lucky and fortunate compared to others.



Hasil dari bacaan dari pengalaman orang lain, terdetik dalam hati berasa takut apatah lagi D&C dilakukan di hospital kerajaan. Banyak cerita seram berkaitan D&C di hospital kerajaan. Pada pendapat saya, tiada masalah menjalankan prosedur ini di hospital kerajaan. Cuma yang bezanya ialah tahap keselesaan dan service ketika dalam wad. Dari segi rawatan, saya rasa tetap setanding swasta. Malah jika ada kes high risk pun, swasta tetap akan refer pesakit pada hospital kerajaan. Apatah lagi ada GL suami dan dia juga bekerja dihospital kerajaan, so I support you sayang!.hehe.. Alhamdulillah sepanjang saya di hospital ini, tiada masalah pun dan dilayan dengan baik. Betul kata orang, jika mahu dihormati, kita hendaklah hormat pada orang dulu. Jika mahu dilayan dengan baik, cara kenala betul. Kalau minta dengan muka masam mencuka, alamatnya memang dapat juga layanan tak seberapa. Segala segi semuanya ok cuma kebersihan tandasnya tidak memuaskan. Namun jika anda ada wang lebih dan mahu keselesaan, digalakkan ke hospital swasta.

Selepas D&C, saya diberi cuti selama seminggu untuk berehat. Sepanjang seminggu tu, makanan berpantang saya tidaklah terlalu ketat. Lagipula, pantang sendiri sendiri. Memang buat ikut apa yang saya tau. Hari pertama hingga hari ketiga, saya amalkan minum air kunyit + madu untuk membantu luka cepat sembuh. Itupun ibu yang pesan. Kalau tak saya pun tak tau. hehe.

Pantang buat masa ini ialah pakai stokin dalam rumah, tak boleh minum air batu, benda-benda sejuk dan tajam seperti nanas,tembikai (yang kat hospital tu tak termasuk.hihi..), telur. Telur saya pernah cuba makan masa hari ke sembilan tapi baru makan 2-3 suap perut dah lain macam. so, telur untuk saya tak boleh makan lagi walaupun suami kata kalau tiada istilah berpantang kalau tanya pada doctor. Memang disuruhnya makan benda-benda yang banyak protein supaya luka cepat sembuh.

http://data.whicdn.com/images/28135999/557674_265860536843500_122675684495320_503396_389681662_n_large.jpg

Saya cuba mengumpul kembali sisa sisa semangat itu. Terima kasih ya Allah kerana memberikan peluang itu. 2bulan yang mencemaskan, dengan hampir setiap 1-2 minggu menghadiri temujanji doctor, akhirnya sampai ke penghujungnya. Namun, takkan serik dan akan terus berusaha moga rezeki itu akan dipinjam jua untuk kami. =")



****************************
STOP VIOLENCE AGAINST WOMEN
Like KHUMAERA ISMAIL Page
Ya Allah moga pembaca blog ini bahagia dunia akhirat
Please do come again ;)
****************************

31 comments:

  1. Be strong!!!insyallah lepas ni,ada lagi...

    ReplyDelete
  2. Insya-allah akan digantikan dengan yang lebih baik.. Sabar banyak2. Maera pun muda lagi..

    ReplyDelete
  3. byk kn brsabar ye, akk paham.. akk kne ms bby dh 4bln dlm perut..1st bby, doc scan dan nmpk bby problm .. ckup 21 minggu bby kaluar lps 8bj ubt msuk dan mcm2 kaedah lg.. huhuhu sedey , mmg sedey .. tp kne kuat .. insyallah Allah s.w.t akan ganti yg lebih baik ..

    mmg doctr ckp xde istilah brpntg , tp as wanita .. kne amal kan jgk berpntng , cz perempuan kalau x jg bdn akan nmpk 10thn lg tua.. dan bdn akan cpt dpt mcm2 masalah .. so beter berpantng.. kalau bly 100 hari ..

    ReplyDelete
  4. sabarlah atas dugaan ini. mudah2an digantikan dengan yg lebih baik. insya allah

    ReplyDelete
  5. Salam Takziah Maera... Sabar ye dear.. setiap apa yang Allah rancangkan untuk hambanya mesti la sesuatu yang paling terbaik.. Be strong.. Allah sayang.. sebab tu la Allah uji.. Allah takkan bagi ujian yang kita tak mampu tanggung... InsyaAllah, akan sampai lagi peluang untuk merasai nikmat utk menjadi ibu satu hari.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. Innalillah...baby syurga...Be strong ye Mira..K.Ma baru tahu..Inshaa Allah ada rezeki nanti tu..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, Be strong maera, bukan rezeki akak. One day nnt mesti ada hikmah atas segalanya. In Sha Allah kita sbg perempuan turut merasa sedih awak tu :")

    ReplyDelete
  8. Ya Allah, sedihnya..tabah ya Maera..moga ada rezeki yg lain utk Maera n suami..aminnnn..sy n suami pun tgh usaha skrng ni :)

    ReplyDelete
  9. sabar maera..Allah tak kan meguju hambanya melebihi apa yang dia mampu tanggung.Bertabahla..pasti ada ganjaranya nanti..

    ReplyDelete
  10. Bila baca tentang kehamilan Maera rasa bersyukur sgt.. Paham sesangat sebab kita sama2 menanti zuriat..
    Tapi tula, belum rezeki untuk kita, perancangan Allah adalah yg terbaik.

    InsyaAllah mudah2an ada rezeki kali ke 2 utk Maera ye, yg penting banyakkan rehat dulu..

    ReplyDelete
  11. takziah maera... moga ada lagi rezeki maera nak dapat baby lepas ni..jangan stress dan sedih sangat..banyakkan rehat..
    Insya'allah ada kebahagiaan yang menanti di masa hadapan..

    ReplyDelete
  12. be strong kak!! akk iman 5x ggur... sedihnya allah je yang tahu. tapi yang hidup 3org je.tu pun dah bersyukur

    ReplyDelete
  13. takziah maera, InshaAllah...Dia nak berikan yg lebih baik buat maera dan hubby...

    ReplyDelete
  14. its ok, saya tahun lepas gugur anak kembar 2 kali D&C.. memang rasa down sgt.. setelah 7 tahun menunggu nak anak lagi (anak kedua dah 7 tahun).. buat maera, apa yg good news, lepas gugur wanita akan subur tau, sebab rahim kita dicuci dan clear dr sebarang tersumbat ke apa ntah, dan mmg betul, 4 bln lpas tu, saya lekat balik.. saya doakan maera akan dimurahkan rezeki allah.. dan jgn stress ok, pasti ada sebab allah menguji itu..

    ReplyDelete
  15. Be strong maera. InsyAllah hilang yg ini. Allah swt ganti dgn yg lain. Jaga diri ;)

    ReplyDelete
  16. takziah..banyakkan bersabar saya dulu pun pernah keguguran dan bleeding hampir sebulan. Stop je bleeding alhamdulilah terus lekat sekarang dah masuk 31 minggu Insya Allah akan digantikan dengan lebih baik

    ReplyDelete
  17. salam, ya ALLAH. kak, be strong. semoga akak tabah. semua ni dugaan kak. insyaALLAH ade rezeki yg lebih baik tuk akak. :')

    ReplyDelete
  18. Ya Allah dik..akk tak tahu pun... Sedihnya..
    Takpe Maira.. ada hikmah nya tu. Allah pilih kita sbb Dia tahu kita kuat.
    Be strong ya... tabah...

    ReplyDelete
  19. takziah maera.. Ada hikmah disebalik semua ni.. be strong sis!

    ReplyDelete
  20. be strong. moga ada lagi rezeki spls ni. Allah tau yg terbaik

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum Kak khumearah...farah silent reader blog akk..semoga akk tabah ye menghadapi dugaan ni..in shaa allah, pasti akan ada rezeki yg lebih baik akan dtang..
    farah pun masih menanti kehadiran cahaya mate..hujung bulan ni genap setahun usia perkahwinan.. Bila tgk akk tabah menghadapi ujian ni selama 4tahun..sy jadi kuat semangat.. Thanks kak :)
    Farah doakan yang terbaik utk akk dr segi kesihatan dan kehidupan.. AMIN.

    ReplyDelete
  22. Assalammualaikum Kak Khuemaerah,

    Sy farah silent reader blog akk..Farah sentiasa mengikuti perkembangan akk dari zaman kolej sampai sekarang. Alhamdullilah, akk kekuatan diri farah.. farah tahu akk tersangat sedih.. in shaa allah, pasti rezeki akan datang lebih baik dari sekarang,.Hujung bulan ni genaplah usia perkahwinan farah setahun..Masih belum ade tanda2 utk pregant.. tp sntiasa bdoa dan kagum tgk akk boleh menunggu 4tahun dengan sabar... Akk kekuatan utk farah,.Farah doakan yg terbaik ye utk akk dr segi kesihatan dan kehidupan InshaaAllah... :) Amin...

    ReplyDelete
  23. Salam maera ..

    Innalillahuwainnailaihirajiuun.. kita senasib.. akak pun baru lps keguguran awl bln 3 hari tu..kandungan masuk 8 mggu..

    Setelah hampir 8 thn menunggu..namun tau preggy 3 hari jer... :'(

    ReplyDelete
  24. maera...takziah..once dpt taw maera da preggy rasa happy sgt2..tempoh masa kite menunggu sama..even hani belum lagi Allah kurniakan rezeki tu...but harini baru kesempatan baca entry ni...rasa tekejut plak...papehal pon.....semuanya datang dari Dia...He is the best planner....Hani doakan pasni maera dpt kesempatan bergelar ibu....aminnn

    ReplyDelete
  25. Allahuakhbar...baru tau. Sorry to hear that. u be strong ok...insyaAllah..ada rezeki lain.

    ReplyDelete
  26. Maera. Takziah.. Be strong ye.. Kita dapat first baby tahun ketiga, Allah is the best planner.

    And yes, govt hosp maybe tak selesa sebab wad ramai orang tapi bagus sangat. Baby kita last 2 weeks nicu case 3 hari tak bangun kita nangis everyday, tapi tengok orang-orang keliling yang case lagi teruk buat kita kuat. Alhamdulillah lepas seminggu dah baik.

    InsyaAllah kita doakan maera

    ReplyDelete
  27. sis maera, redha dengan ketentuanNya.
    percaya bahawa sayang Allah terhadap kandungan melebihi dari sayang kita. dan tiada sayang yang lebih agung dari sayang Allah kan?

    lala doakan sis maera cepat recover! inshaAllah.

    ReplyDelete
  28. YaAllah, takziah maera. aida pon baru je bace entry nih baru tahu. that day mase tau maera pregnant, rase tumpang seronok sbb aida pon sdg menunggu lg, dah 2tahun..rse bsemangat dan makin tinggi tahap ksabaran tuh..dan makin kuat lg usaha..

    btw maera kuat ye..insyAllah akan ade keajaiban tuhan nanti. mudah2an..

    ReplyDelete
  29. subhanallah.baru tahu akak...moga akak tabah..takpe, ada rezeki lagi di hari lain..... :'(

    ReplyDelete
  30. Takziah yer miera....
    sabar banyak -banyak
    ini semua dah ditentukan..
    Allah syg kita sebab tu dia uji kita
    sabar yer..
    sy pown mcm awk..setiap hari memikirkan..
    tetapi kita bukan boleh anak mcm beli barang kat pasaray
    Anak ini anugerah dari Allah
    orang yg istimewa mcm kita saha yang tahu

    ReplyDelete
  31. salam maera.. terdetik hari ni nak masuk blog maera. x sangkanya ya Allah.. serius deqla baru tau.. sabar ye maera.. bkn rezeki kita lagi ni.. tp at least maera dah merasa preggy kan.. moga maera tabah ye.. x terbyg rasanya kalau deqla di tmpt maera.. berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..

    ReplyDelete

Jangan lupe like FB Page ok? =)