Friday, January 3, 2014

Lagi bayi meninggal di Taska


Assalamualaikum


Cute Baby Boys
Gambar hiasan


“Saya menghantar Azeem jam 7.15 pagi sebelum keluar bertugas sebagai jururawat di HPj, selesai bertugas saya dan suami terus ke taska untuk mengambil anak, ketika mengambil dari tangan pengasuh saya terkejut apabila merasakan tangan Azeem mengeras dan tiada tindak balas, manakala tubuhnya sejuk,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HPj, di sini, lewat petang semalam.

“Ketika ditanya kepada kakitangan taska apa yang terjadi pada Azeem mereka hanya menjawab tidak tahu kenapa bayi tidak bergerak, menyebabkan saya terus membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HPj, di sini, lewat petang semalam.

Doktor mengesahkan Azeem sudah meninggal dunia antara jam 11 hingga 12 tengah hari tanpa disedari pengasuh. Baca berita selanjutnya di MYMETRO

InnaLillahi wainnailaihiraji'un..

Jika sudah ajalnya disitu..namun sebagai ibu bapa boleh kiranya mengambil tahu beberapa perkara sebelum menghantar anak anak mereka ke Taska disekitar mereka, bagi memastikan kita memilih taska yang berdaftar, selamat dan juga menepati piawaian JKKM. Berikut beberapa perkara boleh diambil :

1) Semak dengan JKKM samada taska tersebut berdaftar atau tidak

2)Pastikan nisbah penjaga/pangasuh menepati jumlah berikut. Kalau lebih, jangan sesekali berkeras menghantar anak anda disitu hanya kerana alasan dekat ataupun murah!
    
     * Seorang Pengasuh untuk Lima orang kanak-kanak bawah tiga tahun 
     * Seorang pengasuh untuk 10 orang kanak-kanak bawah empat tahun
     * Tiga orang bayi perlu dijaga Seorang Pengasuh

3) Sebelum decide, rajin-rajin untuk skodeng sekeliling taska, termasuk tandas, dapur, playground, etc untuk memastikan kebersihan dan keselamatan

Untuk kes seperti diatas, jika benar side pengasuh yang bersalah, Pengusaha taska yang didapati gagal menjalankan tugas dengan baik, mereka akan didenda tidak lebih daripada RM10 000 atau penjara tidak melebihi tempoh dua tahun atau kedua—duanya sekali.


Sekian information untuk diri sendiri dan kalian yang bakal menimang cahaya mata ~ khususan ila my younger brother yang bakal menjadi bapa ;)


Wassalam

**************************** 
STOP VIOLENCE AGAINST WOMEN 
 Like KHUMAERA ISMAIL Page 
Ya Allah moga pembaca blog ini bahagia dunia akhirat 
Please do come again ;) 
 ****************************

2 comments:

  1. huhu...even so how come diorang boleh buat xtau bila bayi tu x gerak langsung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sekadar alasan utk melepaskan diri.kalau budak tu dh mati 2-3hours ago masakan diowg tak tau langsung.huhu

      Delete

Jangan lupe like FB Page ok? =)