The librarianssss

Tuesday, October 11, 2011

Mimpi kena patuk ular, ada orang nak datang meminang?










Ada antara kawan-kawan yang bertanya, jika mimpi dipatuk ular, adakah ianya bermaksud akan dilamar seseorang? Jika menurut orang-orang tua kita, jawapannye ialah iya. Tapi benarkan tafsiran orang-orang melayu nie? Masa maera kecik-kecik pun selalu dengar orang cakap macam tu. tapi sejauh mana kebenarannya? jika betul, mungkin kebetulan.



Dari segi tafsiran menurut islam, mimpi dipatuk ular atau mimpi berkaitan ular merupakan petanda yang tidak baik!! mimpi ular ditafsirkan kepada beberapa tafsiran menurut kiswahonline (ustaz hayat) kalau mimpi ular bermaksud:



1.Percakaran antara keluarga,anak2 dan isteri
2.Kemungkinan ada orang yang hasad dengki kepada anda
3.Petanda anda terkena sihir atau gangguan makhluk halus
4.Musuh yang mempunyai harta
5.ular masuk rumah:Musuh anda telah menjalankan konspirasi menjatuhkan anda.
6.Bunuh ular:Anda berjaya mengatasi musuh anda
7.kena patuk:anda terkena musibah
8.Bunuh ular atas katil:isteri akan meninggal dunia.
9.Rumah penuh ular tetapi tidak takut:rumah anda musuh muslimin dan orang mengikut hawa nafsu
10.Ular mati:musuh anda akan musnah tanpa bersusah payah
11.Ular masuk ke rumah dan keluar begitu sahaja:musuh sebenarnya dari kalangn ahli keluarga sendiri





Faktor gangguan atau sihir nie, bukan 100% datang dari orang dengki atau bermusuh dengan kita. Ianya juga boleh datang disebabkan kesilapan atau kelalaian kita dalam hidup sehari-hari. Berikut ialah faktor gangguan :


1) Berpunca Daripada Jin

  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir


2) Berpunca Daripada Manusia

  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
  • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
  • Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk: Terlalu marah.Terlalu takut.Nafsu syahawat yang tinggi.Manusia yang lalai.Jahil
  • Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
  • Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa



Jadi, maera cadangkan jika anda kerap mimpi seumpama itu, maka lebih afdal anda berjumpa dengan ustaz atau pengamal perubatan islam yang pakar dan diiktiraf untuk bertanya lebih lanjut. Jangan pulak pergi jumpe bomoh yang tidak diketahui statusnya. Bahaya..huhuhu~


****************************

STOP VIOLENCE AGAINST WOMEN

Like KHUMAERA ISMAIL Page

Please do come again ;)

****************************

13 comments:

  1. betul... akak pon dengar ceramah pasal ni 5-6 tahun lepas.. ustaz tu kate.. kalau mimpi dipatuk ular jangan ar dicanang satu kampung.. kene disimpan dan lebih berhati2...kalau mimpi telah pon dipatuk..ustaz tu kate..kemungkinan sihir atau bende2 tak elok telah pon masuk kedalam badan kite... mohon dijauhkan...

    ReplyDelete
  2. law selalu mimpi gigi patah??
    org kate law mimpi cm uh owg tdekat kite akn mninggal..

    ReplyDelete
  3. K.maera..yna slalu jugak mimpi ular2 semua nih..ntahla maksudnya apa..huhu

    ReplyDelete
  4. setuju nie...maira pnah bace jugak psal nie...

    ReplyDelete
  5. nice info sis! thx! (:
    fza mmg xske pd ular. seyes benci gle. tgk ular mst akn nangis lps 2. even ular mainan/ular kartun dlm paperpun, ttp nk nngis. haha. mengadekan? tp mmg anti gle r. :(
    myb sbb bnci 2 jgk r ular sll dtg dlm mimpi sjk skola lg. 2 la, org ckp, ada org nk masuk minang. tp xd pun! stil single jgk. haha. tp lps bc info dr akk ni, rs perlu b'hati2 lg kot. mn tau slm ni sbnrnya mmpi ular 2 slh 1 petanda kurg baik di atas bkn yg dtg meminang 2. huhu

    ReplyDelete
  6. sy dah kene risik, tp tade laks termimpi ular, hehehe~

    ReplyDelete
  7. betul2.. berhati2.. sebelum tidur tu baca al-fatihah, ayat kursi dan 3 kul.. amalkan sokmo.. bahaye jugak zmn skrg..

    ReplyDelete
  8. entri ni macam untuk msred je.... dari sekolah sampai sekarang selalu mimpi ular... tatau kenapa...

    ReplyDelete
  9. hati2 bila berurusan dgn unseen nih....

    ReplyDelete
  10. malam ni saya cuba nak mimpi kena patuk ular.. jadi boleh kena lamar oleh wanita2... ekekekeke

    ReplyDelete
  11. Tolong sy..mlm tadi sy mimpi adek sdare sy kne patuk ular...skrg dy da smgu kne tahan kad wad hospital...boleh tolong explain kn...?huhu

    ReplyDelete

Jangan lupe like FB Page ok? =)